- Nama saya Awang, saya ingin menceritakan pengalaman saya sewaktu bekerja di Lapangan Terbang Changi. Rasa2 benda2 halus ni kalau nak kacau orang, tidak kira tempat atau berapa ramai orang yang bersama kita.
Cerita saya ini bermula pada satu malam di masa itu saya bertugas pada sebelah malam. Saya bersama lima orang kawan saya sedang berehat sementara menunggu pesawat yang bakal kami membuat kerja2 pemeriksaan rapi. Kami berehat sambil menghisap rokok dan minum kopi di belakang salah sebuah bangunan di Terminal 1. Tempat itu ada beberapa timbunan kayu2 kosong (pallette) dan kerusi2 yang hendak dibuang. Tempat itu juga sedang menjalani proses ubahsuai.
Sedang kami asyik berbual, tiba2 terhidu bau wangi yang amat sangat. Kami berenam saling pandang memandang antara satu sama lain. Tidak ada seorang pun menegur tentang bauan itu. Saya cuba memerhati di sekeliling kawasan tempat tersebut termasuk di atas siling yang mempunyai banyak saluran paip. Di dalam hati saya berkata, "Manalah tahu si 'dia' sedang bertenggek memerhatikan kami?"
Saya menjadi berani semacam kerana pada saya, kami ramai kalau apa2, takkan si 'dia' nak terkam kami semua? Saya pun berkata tanpa segan silu, "Korang bau wangi tak? Macam bau bedak Cina..." Kawan2 saya yang lain pun barangkali terasa seperti saya mereka pun mengiakan pertanyaan saya tadi. Ada yang berseloroh mengatakan takkan pakai bedak Cina, pakailah jenama Ferragamo ke, Dolce & Gabbana ke. Kami pun ketawa beramai2.
Sedang kami ketawa, betul2 di atas kami di sebalik celah2 paip, tiba2 ada haiwan yang kelihatan seperti seekor itik atau angsa atau bangau, meneriak "Eekk... Eekk", lalu keluar terbang terus ke landasan luar kawasan lapangan terbang dan terus lesap. Besarnya binatang itu rasa2 saya setinggi budak yang berumur lima tahun. Warnanya amat putih. Kami berenam terus terdiam terpaku menyedut rokok di genggaman kami, tidak berkata satu apa pun sampai pesawat kami mendarat.
Sekian terima kasih. Harap2 budak2 yang bekerja di lapangan terbang yang bersama saya ketika malam itu dapat mengimbas kembali pengalaman ketika kami memperkecilkan si "Cik Kak"...